Kad Matriks/Tag Nama Pelajar dan Pas Keluar Kelas

Kad matriks atau Tag Nama pelajar SMK Kidurong mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.Tag nama pelajar dan Pas Keluar Kelas ini mempunyai:

a. Maklumat diri ,foto diri, no.daftar dan kelas tahun semasa pelajar.

b. Maklumat ibu bapa, alamat dan no.telefon yang boleh dihubungi.

c. Maklumat kesihatan pelajar.

d. Bar kod (Kad Keahlian Perpustakaan KidSS Library Cafe)

e. Pas Keluar Kelas diberi kepada semua guru untuk tujuan kebenaran pelajar keluar ke bilik air atau sebagainya.

f. Pas Keluar ini guna mempunyai bar kod sebagai Kad Perpustakaan di KidSS Library Cafe.

Dengan ciri-ciri istimewa ini, pelajar hanya perlu membawa Kad Matriks mereka bagi tujuan peminjaman dan pemulangan bahan di Pusat Sumber KidSS Library Cafe.Selain itu maklumat pelajar yang lengkap sangat membantu dalam urusan pencarian maklumat jika diperlukan.

Sesi pengambilan gambar Foto telah dijalankan pada 9 Januari 2018 (Selasa) 1300-1535 untuk pelajar Peralihan dan Tingkatan Satu. Semua kelas yang terlibat adalah 14 kelas. 3 biji kamera digunakan dalam sesi ini bagi menjimatkan masa. Sesi untuk Tingkatan empat diadakan hari berikutnya di Lobi sekolah bermula pukul 7:20 pagi hingga 9:50.


Featured Posts
Posts Are Coming Soon
Stay tuned...
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square