Sejarah Pusat Sumber

Sejarah Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu adalah seiring dengan lakaran sejarah sekolahnya yang  dibuka pada 6 Januari 1997 , sekolah menengah kelima di bahagian Bintulu. SMK Kidurong terpaksa beroperasi dalam satu sesi pembelajaran iaitu pada sebelah petang (12:50 petang – 6:30 petang) sehingga bulan Februari 1998 kerana masih menumpang di Sekolah Menengah Teknik Bintulu. Pada minggu pertama SMK Kidurong telah menerima seramai 254 orang pelajar dengan dibekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali haji Mudin telah dilantik sebagai pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baharu.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak baharunya.Bilik Perpustakaan SMK Kidurong telah ditetapkan dalam pembangunan asalnya iaitu di Aras 2 iaitu di aras di atas Pejabat Am.

 

Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Ini termasukkan kelengkapan dan koleksi bahan di Perpustakaannya. Namun masalah ini bukanlah halangan besar bagi untuk membangunkan Pusat Sumber agar peranannya sebagai nadi utama dalam menyokong pelaksanaan PdPc yang berkesan. sesuai dengan moto sekolah “Maju Terus Maju”,

 

Sesuai dengan perkembangan dalam dunia pendidikan yang menekankan Pembelajaran abad ke-21, pada tahun 2018 Pusat Sumber SMK Kidurong telah dijenamakan semula sebagai KidSS Library Cafe  bagi menarik lebih ramai pengunjung dan memperkenalkan konsep dan suasana yang lebih santai. Berikutan dengan itu, beberapa pembangunan fizikal turut dirancang seperti mewujudkan Perpustakaan Mini yang dikenali dengan nama Junjung Ilmu yang dibangunkan oleh Unit PPKI, Pusat Akses atau KidSS Cyber Cafe dan English Corner.

 

Selain itu, bagi menmperkasakan peranan Pusat Sumber ,SMK Kidurong merupakan sekolah pertama di negeri Sarawak yang mendaftar di bawah organisasi tanpa faedah Little Free Library pada tahun 2016. Ini seluruh kawasan sekolah mempunyai akses kepada bahan bacaan, Pondok Little Free Library #45654 juga diletakkan di sekitar kawasan sekolah. Bahan bacaan di Little Free Library ini adalah sumbangan dan pertukaran bahan bacaan dalam kalangan penggunanya. Bahan ini bukan sahaja mudah dicapai, malah ia menekankan Konsep Take A Book Return A Book (https://littlefreelibrary.org/ourmap/ ) Untuk itu sebuah pentas kecil dan sederhana telah diwujudkan di Kawasan Lobi bagi memberi ruang kepada pelajar membuat aktiviti penggayaan Nilam atau menyampaikan persembahan pada waktu rehat.