PENTAS Banyak Membaca Petah Berbicara.

Pentas sederhana ini,dibangunkan dengan matlamat untuk menjadi platform untuk segala aktiviti Pengayaan Nilam atau Program MBMMBI.Pelajar yang mengambil bahagian untuk berkongsi atau membuat persembahan di Pentas ini,akan menggunakan masa waktu rehat. Tema bahan yang dikongsikan adalah bebas namun tidak boleh bersifat sensitif atau perkauman. Pentas ini akan membentuk kemenjadian pelajar ke arah individu yang berwibawa, fasih berbahasa dan berkomunikasi.Pusat KidSS percaya bahawa pentas yang sederhana ini mrupakan langkah pertama ke arah kejayaan pelajar yang lebih cemerlang. Tahun 2017 Program NILAM KidSS telah berjaya ke peringkat negeri Sarawak.

Skuad Nilam Bahagian Bintulu berjaya mendapat Pengiktirafan Pasukan Terbaik dalam Kem NILAM Peringkat Negeri Sarawak 2017.

 

HAYATILAH MAKSUD LAGU NILAM ini.