PERATURAN PENGGUNAAN BILIK KESIHATAN

  • Pelajar yang TIDAK SIHAT perlu dirujuk kepada Guru Kesihatan/ Guru Bertugas oleh seorang pelajar ( rakan pelajar atau rakan sekelas yang sama jantina) terlebih dahulu untuk menggunakan Bilik Kesihatan.

  • Jika pelajar berkenaan terpaksa berehat di Bilik Kesihatan, pelajar tersebut perlu merekodkan atau direkodkan oleh rakan pelajar yang mrujuknya ke Buku Penggunaan Bilik Kesihatan untuk tujuan formaliti standard manual kerja Bilik Kesihatan.

  • Sepanjang berada di Bilik Kesihatan, pelajar yang sakit memerlukan seorang rakan kecuali untuk kes-kes yang tidak serius.

  • Had jam maksima penggunaan Bilik Kesihatan adalah bergantung kepada keadaan pelajar yang sakit.

  • Pelajar yang sudah pulih WAJIB hadir ke kelas semula dan wakil pelajar yang merujuknya WAJIB memaklumkan kepada Guru Unit Kesihatan untuk tindakan pentadbiran.

  • Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengalih dan menggunakan sebarang peralatan di Bilik Kesihatan TANPA KEBENARAN.

  • Kebersihan dan keceriaan Bilik Kesihatan adalah tanggungjawab pelajar yang merujuk pelajar yang sakit.

  • Bagi kes-kes kecemasan pelajar berkenaan terus dibawa ke hospital oleh Guru Bertugas atau guru yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.

Bilik Sakit KidSS